Tragedi masjid Christchurch: mangsa warga Malaysia

Tragedi masjid Christchurch: mangsa warga Malaysia. CHRISTCHURCH – Seorang lagi mangsa warga Malaysia, Noor Hamzah, 54, yang terselamat berkongsi pengalaman bagaimana dia melarikan diri bagi menyelamatkan diri.

Tragedi masjid Christchurch

Tragedi masjid Christchurch: mangsa warga Malaysia

Memetik laporan The New Zealand Herald, Noor Hamzah berkata, ketika tembakan bermula, dia bersama beberapa orang jemaah lain berlari keluar daripada masjid dan bersembunyi di belakang kereta di tempat parkir.

Katanya, tembakan itu berlaku selama kira-kira 15 minit dan selepas pelaku meninggalkan lokasi, polis bersenjata tiba serta menyerbu bangunan itu.

“Saya lihat mayat terbaring di pintu depan dan saya lihat di tingkap masjid terdapat timbunan mayat.

“Kami berbaring di atas tanah. Terdapat dua lelaki cedera di kawasan saya. Selepas datangnya paramedik, kami dipimpin oleh pihak polis ke jalan di hadapan masjid,” kongsi Noor Hamzah di laman sosial Facebook, miliknya.

Noor Hamzah datang ke New Zealand pada 1980-an sebelum menetap di sana pada 1998 mengakui terkejut dengan kejadian pembunuhan beramai-ramai itu.

“Ini adalah malapetaka untuk New Zealand dan ini hari yang gelap. Saya tidak dapat membayangkan perkara seperti ini berlaku.

“Saya masih terkejut dan harap cukup kuat untuk mengharunginya,” katanya.

Tragedi masjid Christchurch: Rahimi disahkan selamat. RAKYAT Malaysia, Rahimi Ahmad yang dikatakan hilang selepas terlibat dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand dilaporkan selamat.

Tragedi masjid Christchurch: Rahimi disahkan selamat

Menurut rakan Rahimi yang tidak ingin dikenali, Rahimi hanya mengalami kecederaan selepas berpura-pura mati ketika pengganas melepaskan tembakan di dalam ruang Masjid Al Noor.

“Rahimi tercedera tetapi dia berpura-pura mati,” kata rakannya.

Terdahulu, isteri Rahimi yang hanya dikenali sebagai Azila berkata kepada media tempatan bahawa kelibat Rahimi tidak kelihatan susulan tragedi.

Rahimi yang berasal dari Pulau Pinang bersama-sama keluarganya telah menetap di Christchurch selama lima tahun.

Tragedi masjid Christchurch: mangsa warga Malaysia

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih