Tonton Streaming Sinopsis Bikers Kental 2

Tonton Streaming Sinopsis Bikers Kental 2. Dimulakan dengan Pornthaliwat yang baru sahaja dibebaskan dari penjara dan disambut oleh Al Buqerk. Pornthaliwat bertanya mengenai Bidin tetapi sehingga sekarang, Al Buqerk masih tidak berjaya menjejaki Bidin. Mereka diculik oleh Khunna, ketua mereka. Khunna meminta wangnya dikembalikan dan menembak mati Pornthaliwat untuk mengugut Al Buqerk.

Tonton Streaming Sinopsis Bikers Kental 2

JUDUL : BIKERS KENTAL 2
GENRE : Aksi / Komedi
TARIKH TAYANGAN : 14 Mac 2019
CERITA ASAL / SKRIP : Helmi Yusof & Nurul Salajudin
PENGARAH : Helmi Yusof
PRODUKSI : MRB Network Sdn Bhd
PELAKON : Zizan Razak, Dato Awie, Dato Afdlin Shauki, Bront Palarae, Amerul Affendi, Ayie Hushairi, Julangtip Sukkasem, Korravee Pimsuk, Peerasak Reabroy

SINOPSIS BIKERS KENTAL 2

Dimulakan dengan Pornthaliwat yang baru sahaja dibebaskan dari penjara dan disambut oleh Al Buqerk. Pornthaliwat bertanya mengenai Bidin tetapi sehingga sekarang, Al Buqerk masih tidak berjaya menjejaki Bidin. Mereka diculik oleh Khunna, ketua mereka. Khunna meminta wangnya dikembalikan dan menembak mati Pornthaliwat untuk mengugut Al Buqerk.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Bidin masih bekerja di Red Garage yang kini telah diambil alih oleh adik kepada Aidil iaitu Aidid selepas Aidil berhijrah ke Los Angeles untuk mengejar impiannya bertemu dengan Paul Senior.

Bidin merancang untuk melawat Cherry, gadis Thailand dan keluarganya di Hatyai untuk berkenalan dengan lebih dekat sebelum melamar kekasih hatinya itu. Bidin mengajak Eddie menemaninya tetapi Eddie tidak dapat menyertai Bidin memandangkan terdapat beberapa perkara yang harus diselesaikannya di Kuala Lumpur.

Bidin akhirnya bergerak seorang diri ke Hat Yai dengan menunggang motosikal kesayanganya, Aprilla RSV4. Bagaimanapun ketika dalam perjalanan ke sana, Bidin bertembung dengan Al Buqerk yang sedang menjejakinya. Bidin meminta pertolongan dari Eddie untuk ke Phuket bagi melindunginya.

Streaming Sinopsis Bikers Kental 2

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih