Tarikh Pembayaran BSH 2019/ 2020

Tarikh pembayaran, jumlah serta kaedah agihan BSH 2019/ 2020. Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) merupakan bantuan kerajaan persekutuan dalam bentuk wang tunai yang menyasarkan kumpulan isi rumah berpendapatan rendah B40. Ia menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum ini.

Berikut dikongsikan beberapa maklumat penting mengenai cara pembayaran, amaun dan jangkaan tarikh bila dapat duit BSH 2019.

Tarikh Pembayaran BSH 2019/ 2020

Pembayaran BSH 2019 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan diagihkan secara berperingkat tiga kali setahun iaitu dijangkakan pada bulan Januari, Jun dan Ogos 2019.

Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BSH mengikut kategori pendapatan bulanan.

Tarikh bayaran bermula Pendapatan bulanan isi rumah RM2,000 dan ke bawah Pendapatan bulanan isi rumah RM2,001
hingga RM3,000
Pendapatan bulanan isi rumah RM3,001
hingga RM4,000
28 Januari 2019 RM300 RM300 RM300
Akan dikemaskini RM? RM? RM?
Akan dikemaskini RM? RM? RM?
Jumlah RM1000 RM750 RM500

Di samping amaun seperti di atas, RM120 akan dibayar untuk setiap anak di bawah umur 18 tahun, terhad kepada empat anak kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

Tarikh Pembayaran BSH

Cara Pembayaran BSH 2019

Bagi penerima yang ada mengisi maklumat akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BSH, yang boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Untuk menyemak samada permohonan BSH anda berjaya atau tidak (serta mengemukakan rayuan sekiranya anda gagal), sila layari Semakan Status Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BSH dengan menghubungi:

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2747
  • Faksimili MOF: 03-8882 3933

Semoga info ini berguna untuk semua bakal penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR). Tarikh Pembayaran BSH 2019/ 2020

Sending
User Review
0 (0 votes)
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih