Siaran Langsung Malaysia vs Vietnam 11.12.2018 Piala AFF Suzuki

Siaran Langsung Final Malaysia vs Vietnam 11.12.2018 Piala AFF Suzuki. Saksikan live streaming Malaysia vs Vietnam dalam final bola sepak Piala AFF Suzuki 2018 serta membuat perhitungan dalam perlawanan akhir pertama yang dijadualkan berlangsung untuk kedua-dua pasukan pada 11 Dis  2018. Malaysia pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menewaskan Vietnam.

Siaran Langsung Malaysia vs Vietnam

Siaran Langsung Malaysia vs Vietnam 11.12.2018 Piala AFF Suzuki

Dalam perlawanan terdahulu Malaysia vs Kemboja, Malaysia berjaya menewaskan Kemboja dengan keputusan 1 – 0. Manakala perlawanan kedua Malaysia vs Laos dengan keputusan 3 – 1.

Jadual Live Streaming Piala AFF Suzuki 2018

Berikut dikongsikan adalah maklumat jadual siaran langsung Piala AFF Suzuki 2018 yang melibatkan pasukan Malaysia untuk peminat bolasepak di Malaysia :

Peringkat Kumpulan

8 November 2018

Kemboja vs MALAYSIA

Laos vs Vietnam

12 November 2018

MALAYSIA vs Laos

Myanmar vs Kemboja

16 November 2018

Laos vs Myanmar

Vietnam vs MALAYSIA

24 November 2018

Vietnam vs Kemboja

MALAYSIA vs Myanmar

___________________

KUALA LUMPUR: Tiket bagi aksi final pertama Piala AFF 2018 antara Malaysia bertemu Vietnam atau Filipina yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini akan dijual secara atas talian mulai esok.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata, penyokong Harimau Malaya juga boleh membeli tiket secara dalam talian di www.tickethotline.com.my mulai jam 9 pagi esok.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, penjualan tiket secara dalam talian untuk final pertama itu adalah sebanyak 40,000 keping dengan 20,000 keping akan dijual esok sehingga habis manakala 20,000 keping lagi akan dijual pada Sabtu bermula 9.00 pagi.

“Untuk jualan tiket secara fizikal pula akan bermula pada hari Ahad. Hal ini kerana tiket hanya akan mula dicetak di Bangkok, Thailand oleh syarikat tiket yang dilantik oleh Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) selepas keputusan satu lagi aksi Separuh Akhir 2, Vietnam lawan Filipina di Hanoi, malam ini diketahui.

“Mengikut jadual, tiket yang telah siap dicetak itu nanti dijangka tiba di Kuala Lumpur pada Sabtu, 8 Disember 2018, sekali gus ia hanya boleh mula dijual secara fizikal pada pagi Ahad ini, itu pun jika tiada sebarang kelewatan penerimaan tiket berkenaan,” katanya.

Menurutnya, harga tiket ditetapkan pada RM40 bagi tempat duduk terbuka (RM10 lebih murah berbanding tiket Piala AFF 2014) dan RM5 bagi tiket kanak-kanak, sementara satu lagi kategori tiket yang diperkenalkan kali ini ialah tiket RM50 bagi tempat duduk grandstand.

“Bagaimanapun lokasi penjualannya baki 40,000 tiket ini akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

FAM juga turut menyampaikan satu berita baik kepada penyokong Harimau Malaya yang berjaya hadir ke Stadium Rajamangala, Bangkok, semalam apabila bakal memberi keutamaan kepada mereka untuk mendapatkan tiket final nanti.

“Sila simpan keratan tiket separuh akhir dua bertemu Thailand malam tadi kerana FAM sedang berbincang untuk memberikan ‘keutamaan’ kepada anda semua dalam proses membeli tiket final satu ini. Nantikan pengumuman rasmi mengenainya,” jelas.

Perlawanan akhir kedua Piala AFF akan berlangsung di tempat lawan, sama ada di Hanoi atau Bacolod City pada Sabtu depan dan bagi penyokong yang berminat untuk pergi menyaksikan perlawanan berkenaan, FAM akan menguruskan urusan pembelian tiket dan maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan kemudian.

Keputusan Piala AFF Suzuki 2018. KUALA LUMPUR: Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi menjadi penyelamat apabila meledak dua gol untuk Malaysia bangkit mengatasi Laos 3-1, dalam aksi kedua Kumpulan A Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Keputusan Piala AFF Suzuki 2018

Ia jaringan ketiga penyerang berpengalaman itu yang turut dikenali sebagai Mat Yo, selepas meledak gol tunggal menewaskan Kemboja 1-0, di Phnom Penh pada perlawanan pembukaan, Khamis lalu.

Selepas aksi pertama di Phnom Penh, Cheng Hoe melakukan sedikit perubahan dengan memasukkan Syafiq Ahmad bagi mengambil posisi tengah Syamer Kutty Abba.

Manakala Mohamadou Sumareh yang mengalami kecederaan digantikan dengan Syazwan Zainon di bahagian sayap.

Di atas kertas, Laos yang berada di ranking 181 dunia seharusnya menjadi ‘lubuk’ mata buat Malaysia (ranking ke-169), apatah lagi anak buah bekas jurulatih Singapura, V Sundram Moorthy itu tumpas 0-3 kepada Vietnam pada aksi pertama.

Namun, sebaliknya berlaku apabila Laos mengejutkan penyokong tuan rumah dengan gol pertama menerusi sepakan percuma Phithack Kongmathilath yang cukup deras menewaskan Khairul Fahmi Che Mat di gawang pada minit ke-7.

Namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila bola hantaran lintang Syahmi Safari dari sebelah kanan berjaya ditolak masuk kapten pasukan, Zaquan Adha Abd Radzak pada minit ke-14.

Laos kemudian lebih banyak bertahan dengan mereka hanya berkubu di kawasan sendiri dan cuba menekan Malaysia menerusi serangan balas pantas.

Skuad negara berpeluang untuk menambah jaringan, namun rembatan deras Safawi Rasid dalam kotak penalti sedikit tersasar pada minit ke-21.

Buntu dengan kedudukan itu, Cheng Hoe menggunakan kesemua pemain penyerang yang ada dengan memasukkan Akhyar Rashid, Shahrel Fikri Md Fauzi dan Ahmad Hazwan Bakri menggantikan Syazwan, Safawi dan Syafiq.

Skuad negara mengasak hebat kubu Laos dengan penjaga gol berusia 22 tahun, Outthilath Nammakhot seperti berjuang keseorangan menyelamatkan keadaan.

Sekurang-kurangnya tujuh peluang terbaik disia-siakan pemain negara termasuk tandukan Aidil Zaquan Adha Abd Radzak yang terkena tiang gol, manakala bola tolakan Hazwan di depan pintu gol tersasar.

Bagaimanapun Mat Yo yang beraksi pada penampilan kelima dalam saingan Piala AFF sejak membantu negara menjulang trofi pada 2010 membuktikan bisanya dengan menyumbat gol pada minit ke-86 dan masa tambahan.

Kemenangan ini meletakkan Malaysia dalam kedudukan terbaik dalam misi memburu tempat ke separuh akhir, apabila akan bertemu Vietnam di Hanoi Jumaat ini dan Myanmar pada aksi terakhir di Bukit Jalil pada 24 November. – myMetro

Siaran Langsung Malaysia vs Vietnam 16.11.2018 Piala AFF Suzuki

Sending
User Review
0 (0 votes)
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih