Semakan keputusan keseluruhan STPM 2018/ 2019

Semakan keputusan keseluruhan STPM 2018/ 2019. PUTRAJAYA 2 Mac – Keputsan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 akan dikeluarkan pada 11 Mac depan, kata Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

keputusan keseluruhan STPM 2018

Semakan keputusan keseluruhan STPM 2018/ 2019

MPM dalam kenyataannya hari ini berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari.

“Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos,” menurut kenyataan itu.

Cara semakan keputusan STPM 2018

Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan STPM 2018 melalui mySMS 15888 dengan menaip STPM RESULT (jarak) No Kad Pengenalan. Semakan juga boleh dibuat secara dalam talian melalui portal MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari pada 11 Mac, ” menurut kenyataan itu lagi.

Calon peperiksaan STPM 2018

Seramai 42, 849 calon telah menduduki peperiksaan STPM 2018 pada tahun lalu di 677 pusat peperiksaan seluruh negara.

Daripada jumlah ini, seramai 42,476 calon atau 99.13 peratus adalah dari sekolah kerajaan, 162 (0.3 peratus) calon sekolah swasta, 195 (0.45 peratus) calon persendirian individu dan 16 (0.04 peratus calon sekolah kerajaan negeri. – BERNAMA

Semakan keputusan keseluruhan STPM 2018/ 2019

Sending
User Review
0 (0 votes)
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih