Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2019/ 2020

Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2019/2020 untuk calon lepasan SPM 2018. Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan ke Program Matrikulasi KPM bermula 25 Februari 2019 hingga 2 April 2019.


Cara Memohon Matrikulasi KPM



Pemohon boleh membeli Nombor Pin (NPI) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 25 Februari 2019 hingga 2 April 2019. Nombor pin boleh dibeli dengan harga RM10.00 dengan menggunakan nombor Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2018.



Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2019/ 2020



Permohonan matrikulasi mesti dibuat secara online melalui Aplikasi Permohonan Melalui Internet Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:

https://matrikulasi.moe.gov.my/system/permohonan/



Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon hendaklah membaca dulu Manual Permohonan Melalui Internet (PMI), Syarat Program Dan Kelayakan Minimum dan Panduan Mengisi Borang dengan mengklik pautan-pautan berkenaan pada sidebar di sebelah kiri laman.

permohonan matrikulasi 2019 2020

Setelah betul-betul faham, sila klik Borang Permohonan Melalui Internet (PMI)untuk memohon.


Kemaskini dan Semak Permohonan Matrikulasi

Pemohon dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan tidak melebihi 3 kali.

Sila buat semakan permohonan untuk memastikan samada maklumat permohonan telah disimpan atau tidak.


Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi



Keputusan ke Program Matrikulasi KPM akan dikeluarkan melalui laman sesawang berkenaan. Pemohon tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi KPM kerana keputusan SPM calon yang berjaya akan diperolehi terus dari Lembaga Peperiksaan, KPM sejurus selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi.



Semakan keputusan permohonan matrikulasi untuk mengetahui status permohonan samada berjaya atau tidak, dijangka boleh dibuat secara online mulai pada bulan April 2019.



Sebarang soalan dan masalah boleh diajukan kepada Bahagian Matrikulasi (BMKPM) melalui nombor telefon 03-88844083.



Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2019/ 2020
Sending
User Review
5 (1 vote)
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih