Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019/ 2020

Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019 akan dibuka mulai Januari 2019. Pemakluman rasmi mengenai tarikh pendaftaran akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam tempoh terdekat. Permohonan baru BSHR adalah untuk mereka yang belum pernah memohon, untuk pasangan kepada penerima BSHR/BR1M 2018 yang telah meninggal dunia / bercerai dan untuk pemohon yang gagal / tidak layak dalam permohonan BSHR atau BR1M sebelum ini.

Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019/ 2020

Kemaskini maklumat BSHR hendaklah dilakukan sekiranya terdapat perubahan maklumat peribadi seperti kematian pasangan / tanggungan, perubahan status perkahwinan, nombor telefon atau alamat, maklumat akaun bank (akaun simpanan atas nama pemohon sahaja), maklumat ahli isi rumah, maklumat waris dan sebagainya.

bantuan sara hidup rakyat 2019

Cara Memohon Dan Kemaskini BSH

  • Memohon dan kemaskini BSH secara online

    Proses permohonan baharu BSH dan pengemaskinian maklumat BSH boleh dibuat dengan mengisi borang BSH secara atas talian melalui portal rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:

    https://bsh.hasil.gov.my/

    Untuk permohonan baharu BSH, sila tekan menu “PERMOHONAN BARU”. Manakala untuk kemaskini, sila tekan menu “MyBSHR”.

    Permohonan dan kemaskini secara online hanya boleh dibuat menggunakan komputer kerana aplikasi BSH tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.

  • Memohon dan kemaskini BSH secara offline

    Permohonan baharu dan pengemaskinian BSH juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) yang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan LHDNM.

    Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil LHDNM, Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM, Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) atau Pejabat Daerah.

Tarikh Pembayaran BSH 2019

BSH 2019 dijangkakan akan dibayar secara berperingkat selepas Tahun Baru Cina 2019. Sila rujuk Tarikh Dan Cara Pembayaran BSH 2019 untuk maklumat lanjut.

Semakan keputusan BSH

Sila layari Semakan Status Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat untuk panduan membuat semakan status permohonan BSH.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan kemaskini BSH, sila hubungi:

  • Nombor hotline BSH Kementerian Kewangan Malaysia (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566
  • Nombor hotline bebas tol BSH Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN): 1-800-88-2716
  • Faksimili MOF: 03-8882 3933
  • Sekretariat MOF
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Semoga maklumat permohonan dan kemaskini BSH 2019 secara online ini berguna buat semua pembaca.

Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019/ 2020

Sending
User Review
0 (0 votes)
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih