Permohonan Baharu Kad Siswa 2019/ 2020

Permohonan Baharu Kad Siswa 2019. Semakan status kelayakan, permohonan dan pembayaran Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) 2019.

BPPT akan dikreditkan terus ke dalam kad debit khas pelajar yang dikenali sebagai Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat (dulu dikenali sebagai KADS1M).

BPPT 2019 sebanyak RM100 akan dikreditkan terus ke akaun pelajar mulai 28 Mac 2019 secara berperingkat.

Bagi pelajar yang belum mempunyai Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat, mereka hendaklah mengemukakan permohonan melalui portal Bank Rakyat.

Berikut adalah maklumat mengenai semakan status dan permohonan BPPT bagi tahun 2019.

Permohonan Baharu Kad Siswa 2019/ 2020

Semua pelajar IPTA dan IPTS warganegara Malaysia layak memohon kad siswa. Kad Diskaun Siswa boleh dimohon secara online melalui portal Bank Rakyat mulai 1 April 2019 sehingga 31 Mei 2019. Sila layari:

http://www.bankrakyat.com.my/bppt

untuk menyemak prosedur permohonan BPPT secara atas talian.

Secara ringkasnya, berikut adalah langkah-langkah cara memohon kad siswa:


1. Menyemak Kelayakan BPPT

Pelajar yang ingin memohon kad siswa hendaklah terlebih dahulu menyemak samada dia layak menerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT). Semakan status kelayakan BPPT boleh dibuat di pautan berikut mulai 28 Mac 2019:

http://www.bankrakyat.com.my/bppt/semak

Masukkan nombor MyKad, sahkan captcha dan tekan butang “Semak”. Ia akan memaparkan status kelayakan BPPT dan juga status pengkreditan BPPT iaitu samada wang bantuan RM100 telah dimasukkan ke dalam akaun kad siswa pelajar.

Pelajar yang layak menerima BPPT boleh terus mengisi borang permohonan manakala pelajar yang tiada rekod hendaklah merujuk dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar institusi pendidikan masing-masing.


2. Mengisi Borang Permohonan BPPT / Kad Siswa

Pelajar yang layak menerima BPPT boleh mengisi borang permohonan Kad Siswa secara online. Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2019 sehingga 31 Mei 2019.

Permohonan hendaklah dibuat melalui Bank Rakyat di pautan ini:

http://www.bankrakyat.com.my/bppt/daftar

Setelah mengemukakan permohonan, pelajar perlu menunggu emel makluman dari Bank Rakyat sebelum memungut Kad Siswa mereka. Pungutan boleh dibuat dengan membawa MyKad (asal dan salinan) dan student ID (asal dan salinan) ke mana-mana cawangan Bank Rakyat di Malaysia.

Kad Siswa 2019/ 2020


Cara Guna Kad Debit Pelajar

Kad Siswa berfungsi sepertimana kad debit biasa. Duit dalam akaun Kad Siswa boleh:

  • Digunakan untuk sebarang transaksi pembelian. Ia tidak terbatas kepada pembelian buku, alat tulis, peralatan komputer dan akses internet sahaja.
  • Atau dicucuk keluar di mana-mana ATM Bank Rakyat.

Kad Siswa melayakkan pelajar mendapat diskaun bagi pembelian di mana-mana kedai rakan dagang KADS1M.

Permohonan Baharu Kad Siswa 2019/ 2020

Sending
User Review
0 (0 votes)
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih