Kadar Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Mulai 2019/ 2020

Kadar Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Mulai 2019/ 2020. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan kaedah bayaran balik pinjaman secara Potongan Gaji Berjadual (PGB) bermula Januari 2019. Kaedah baharu PGB PTPTN ini adalah berdasarkan gaji bulanan peminjam. Ia berbeza dengan kaedah lama yang bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh bayaran balik.

Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Kadar Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Mulai 2019/ 2020

[Terkini 7 Dis 2018] Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia mengumumkan mekanisme pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual (PGB) kepada peminjam PTPTN ditangguhkan terlebih dahulu.

Potongan gaji berjadual ini adalah secara progresif dengan kadar 2% hingga 15% bergantung kepada gaji bulanan peminjam – semakin besar gaji, semakin besarlah peratusan potongan bulanan.

PTPTN akan mengeluarkan arahan potongan gaji kepada majikan. Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membuat potongan gaji pekerja mereka bagi bayaran balik pinjaman PTPTN.

Jadual Kadar Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Berikut adalah kadar potongan gaji untuk bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 2019:

Pendapatan Peratus Potongan Julat Ansuran (Potongan Gaji)
Kurang RM2,000 0% Tiada
RM2,000 – RM2499.99 2% RM40 – RM49.99
RM2,500 – RM2,999.99 3% RM75 – RM89.99
RM3,000 – RM3,999.99 5% RM150 – RM199.99
RM4,000 – RM5,999.99 8% RM320 – RM479.99
RM6,000 – RM7,999.99 10% RM600 – RM799.99
RM8,000 dan ke atas 15% RM1,200 ke atas

Berdasarkan jadual PGB ini, mereka yang bergaji di bawah RM2,000 sebulan tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN mereka.

Bagi peminjam yang tidak makan gaji seperti suri rumah, mereka boleh membuat pembayaran menerusi debit terus atau secara dalam talian.

kadar bayaran balik PTPTN

Semoga maklumat mengenai kadar pembayaran balik pinjaman PTPTN secara potongan gaji berjadual ini berguna untuk semua. Kadar Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Mulai 2019/ 2020

Sending
User Review
0 (0 votes)
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih