Harga Petrol Mingguan Terkini 16 Hingga 22 Mac 2019

Harga Petrol Mingguan Terkini 16 Hingga 22 Mac 2019. HARGA runcit petrol RON97 naik lapan sen seliter iaitu daripada RM2.46 seliter kepada RM2.54 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 seliter serta RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Harga Petrol Mingguan Terkini 16 Hingga 22 Mac 2019

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga runcit produk petroleum itu bagi tempoh 16 hingga 22 Mac mengikut penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 16 hingga 22 Mac sepatutnya masing-masing RM2.24 seliter dan RM2.37 seliter.

“Bagaimanapun, harga runcit produk petroleum RON95 dan diesel bagi tempoh itu adalah dikekalkan masing-masing pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter,” katanya, hari ini.

Kementerian Kewangan berkata, ia berikutan keputusan kerajaan untuk menyekat kenaikan harga runcit produk petroleum untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.

Harga Petrol Mingguan Terkini 3 Hingga 8 Feb 2019. Berita harga terkini minyak RON95 RON97 dan Diesel Mingguan mulai
3 Feb hingga 8 Feb 2019 . Seperti sedia maklum, Kerajaan memaklumkan bahawa harga siling minyak akan dikemaskini secara mingguan pada setiap hari Rabu. Oleh itu, harga baharu minyak minggu seterusnya akan berkuatkuasa mulai Sabtu 3 Feb hingga 8 Feb 2019.

Harga Petrol Mingguan Terkini 3 Hingga 8 Feb 2019

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Harga runcit produk petroleum RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak lima sen seliter bermula esok sehingga 8 Februari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memberitahu, harga runcit diesel pula kekal pada paras RM2.18 seliter.

“Penurunan tersebut menjadikan harga jualan runcit RON95 pada paras RM1.93 seliter manakala RON97 dijual RM2.23 seliter.

“Perbezaan kos produk yang lebih tinggi bagi diesel pula disebabkan peningkatan permintaan terutama dari China,” katanya. – UTUSAN ONLINE

PUTRAJAYA: Harga runcit bahan api bagi petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing dinaikkan antara enam hingga 12 sen seliter mulai tengah malam ini untuk tempoh 19 hingga 25 Januari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini menetapkan, harga bahan api bagi RON97 dinaikkan sebanyak 6 sen pada RM2.28 seliter, RON95 (RM1.98 seliter) dan diesel pula dinaikkan sebanyak 12 sen kepada RM2.17 seliter.

Menurutnya, harga baru itu ditetapkan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia yang menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada AS$60 setong kepada AS$63 setong bagi petrol RON95 dan daripada AS$68 setong kepada AS$72 setong bagi diesel,” katanya.

Pada minggu sebelumnya iaitu bagi tempoh (12 hingga 18 Januari), harga runcit petrol RON97 ditetapkan pada RM2.22 seliter, RON95 pada harga RM1.92 seliter dan diesel pula adalah RM2.05 seliter.

Pengguna mula menikmati harga lebih rendah bagi bahan api itu sejak 5 Januari lalu apabila kerajaan menetapkan harga runcit RON97, RON95 dan diesel diturunkan antara 14 hingga 27 sen.

Malah, bagi tempoh minggu kedua (12 hingga 18 Januari), harga runcit bagi RON97 dan RON95 diturunkan satu sen lagi kepada RM2.22 dan RM1.92 seliter manakala, diesel pula dinaikkan satu sen kepada RM2.05 seliter.

Harga Minyak Runcit 2019

PUTRAJAYA: Kerajaan akan kembali menetapkan harga minyak runcit secara mingguan bermula 1 Januari 2019.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan pada Isnin, ini susulan penurunan harga minyak mentah global secara berterusan sejak kebelakangan ini.

“Penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2019 bagi membolehkan pengguna menikmati perubahan harga yang lebih cepat selaras dengan perubahan harga petroleum di pasaran dunia.

“Oleh demikian, harga runcit produk petroleum dijangka turun mulai 1 Januari 2019 dan sekiranya trend penurunan harga minyak sedunia diteruskan, maka harga minyak runcit akan diturunkan setiap minggu,” katanya.

Mekanisme penetapan minyak apungan digunakan oleh kerajaan terdahulu.

Ia menetapkan harga minyak runcit berdasarkan harga minyak mentah di peringkat global.

Di bawah mekanisme itu, sekiranya harga minyak mentah global meningkat, harga minyak runcit di pam akan turut meningkat.

Sebaliknya jika harga minyak mentah global menurun, harga minyak runcit di pam turut sama menurun.

Mekanisme itu kemudian diganti dengan mekanisme harga tetap; RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel bermula 7 Jun 2018.

Di bawah mekanisme ini, kerajaan memberi subsidi untuk mengekalkan harga itu kepada pengguna.

Ini bermaksud semakin meningkat minyak mentah global, semakin tinggi subsidi yang perlu dikeluarkan oleh kerajaan.

“Kerajaan telah menanggung subsidi sebanyak RM7.14 bilion sehingga November 2018 di mana
tanggungan subsidi bagi bulan Mei sehingga November 2018 adalah sebanyak RM5.82 bilion,” kata Guan Eng.

Bagaimanapun katanya, sekiranya harga minyak mentah global meningkat semula pada masa hadapan, kerajaan akan kembali kepada mekanisme harga tetap RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel.

“Pengekalan harga ini adalah sehingga pelaksanaan pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar dilaksanakan pada tahun 2019.

“Ini selaras dengan manifesto PRU-14 Pakatan Harapan untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membolehkan rakyat menerima faedah penurunan harga minyak tetapi membantu golongan B40 dengan subsidi bersasar bila harga minyak naik,” katanya.

Harga Petrol Mingguan Terkini 3 Hingga 8 Feb 2019

Sending
User Review
5 (1 vote)
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih