Analisis Keputusan SPM 2018 Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

Analisis Keputusan SPM 2018 Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Peperiksaan bertulis SPM tahun 2017 telah dijalankan dari 6 November hingga 4 Disember 2017 di 3,363 pusat peperiksaan. Seramai 35,341 petugas telah berkhidmat untuk memastikan pelaksanaan peperiksaan berjalan lancar. Sejumlah 73 mata pelajaran ditawarkan dalam peperiksaan ini dan seramai 22,844 guru telah dilantik untuk memeriksa skrip jawapan peperiksaan. Berikut adalah analisis keputusan peperiksaan SPM 2017.

analisis keputusan spm

Analisis Keputusan SPM 2018 Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

Keputusan Peperiksaan SPM 2017

Keputusan peperiksaan SPM dilaporkan berdasarkan pencapaian calon dan prestasi mata pelajaran. Pencapaian calon merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pembelajaran dalam kesemua mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional (GPN).

Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian yang lebih baik. Prestasi mata pelajaran pula merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diukur

dalam setiap mata pelajaran. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran ialah Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) . Nilai GPMP yang lebih kecil juga menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Pencapaian Calon Peperiksaan SPM

Sukacita saya memaklumkan bahawa pencapaian calon bagi tahun 2017 adalah lebih baik berbanding pada tahun 2016. GPN pada tahun 2017 ialah 4.90 berbanding 5.05 pada tahun 2016 dengan peningkatan sebanyak 0.15. Trend GPN dari tahun 2013 hingga 2017.

Pencapaian Calon Mengikut Lokasi

Pencapaian calon di bandar dan di luar bandar turut memberang sangkan. Pencapaian calon di bandar meningkat sebanyak 0.14 iaitu 4.75 pada tahun 2017 berbanding 4.89 pada tahun 2016.

Pencapaian calon di luar bandar juga meningkat sebanyak 0.14 iaitu 5.22 pada tahun 2017 berbanding 5.36 pada tahun 2016. Hal ini menunjukkan peningkatan pencapaian calon di luar bandar
setara dengan peningkatan pencapaian calon di bandar.

Perbezaan pencapaian antara calon di bandar dan di luar bandar kekal 0.47 pada tahun 2017 sama seperti pada tahun 2016.

Analisis Keputusan SPM 2018 Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

Sending
User Review
5 (3 votes)
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses